Kutipan sebanyak RM10 seorang sebagai tanda komitmen kalian terhadap Muarasta tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Malah banyak perkara lagi yang boleh menunjukkan kalian bersungguh-sungguh mempertahankan Muarasta daripada dibubarkan. Dan pada Jumaat malam, dana yang terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM245. Walaupun nilainya kecil bagi dana sesebuah pertubuhan, namun sedikit sebanyak ianya perlu untuk masa akan datang. Aku (PooChant) telahpun buat satu logbook untuk setiap keluar/masuk duit yang ada pada aku ni. Kepada sesiapa yang tak habis bayar tu, segerakanlah tanggungjawab kalian. Kepada sesiapa yang nak buat pembayaran, bolehlah sms kat aku untuk dapatkan nombor akaun CIMB aku.Seperkara yang nak aku sampaikan kat sini, bilangan Pegawai Pemantau telah ditambah menjadi 4 orang kesemuanya. Ini kerana bagi memudahkan sahabat-sahabat lain melaporkan sebarang info terkini mengikut kawasan dan tidak tertumpu pada aku sahaja. Dan bagi sahabat-sahabat yang masih tidak tahu dengan siapa kalian hendak berhubung, ini adalah contact yang terdekat:
1) Pak Kos [maxis:012-2339390]
2) Hapiz [maxis:017-6662546, celcom:013-7596303]
3) Black [maxis:017-6824082]
4) Akmal [maxis:012-9203497, celcom:019-6650706]
5) Mok [maxis:012-6995004, celcom:019-3681214]
6) PooChant [maxis:017-7678428]
Sekali lagi diingatkan bahawa kalian semua hendaklah berpegang pada 4 prinsip Muarasta. Jangan sesekali lupa persahabatan yang terjalin sekian lama. Jangan biarkan salah faham menjadi sengketa antara kita. Jangan dinilai komitmen sahabat lain, nilailah siapa diri kita sebenar. Dan yang paling penting, jangan jadikan diri anda gunting dalam lipatan. Nasihat ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat Muarasta yang berada di seluruh pelusuk tanahair termasuk diri aku sendiri. Sekian.
Satu Rumpun Liang Persahabatan..