♠ Muqadimah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH..
salam sp4de..

Kehadapan sahabat-sahabat Muarasta sekalian. Akhirnya blog rasmi Muarasta telah diterbitkan pada 3 May 2009 walaupun lewat sedikit dari tarikh penubuhannya. Dengan adanya blog baru ini, segala perkara & aktiviti akan dikemaskini di sini, bukannya di Friendster Group yang seringkali mengalami masalah server. Setelah ditubuhkan pada akhir tahun 2005, Muarasta kini semakin hari semakin berkembang & padat dengan aktiviti. Dan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong & mengikuti perkembangan pertubuhan, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Seperti biasa nasihat aku untuk sahabat-sahabat, percayalah kepada tali persahabatan kita.. Jangan sesekali memutuskannya hanya kerana salahfaham atau perkara yg remeh-temeh. Ingatlah kepada slogan yang menjadi pegangan pertubuhan, dan ingatlah, "Sesungguhnya sahabat sejati adalah sahabat yang menyedekahkan AL-FATIHAH & YASSEN kepada kita dikala ajal kita".

Saturday, October 10, 2009

♠ MUARASTA Tanda Persahabatan

Assalamualaikum..Salam sp4de buat sekalian sahabat Muarasta yang sampai ke hari ini masih menyokong kuat pertubuhan ini. Syabas diucapkan buat kalian. Maaflah sebab lambat update blog ni. Aku & Salman sibuk dengan tugas masing-masing. Sepertimana yang telah kita semua bincangkan, pada malam 25/09/2009 yang lepas sebahagian daripada kita telah berkumpul di kediaman sahabat, Mohamad Raqyb. Seramai 27 orang ahli Muarasta hadir untuk membincangkan perkara yang hangat dipertikaikan iaitu "Ke Mana Halatuju Muarasta"..Apa yang membuatkan malam itu lain daripada mesyuarat biasa yang kita adakan adalah masing-masing sedar yang dalam Muarasta masih begitu banyak kelemahan yang datangnya daripada diri kita sendiri. Pendapat dan hujah diberikan setiap sahabat yang menunjukkan kalian semua semakin matang dalam pembentukan pertubuhan ini. Tahniah sekali lagi buat kalian!
Kutipan sebanyak RM10 seorang sebagai tanda komitmen kalian terhadap Muarasta tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Malah banyak perkara lagi yang boleh menunjukkan kalian bersungguh-sungguh mempertahankan Muarasta daripada dibubarkan. Dan pada Jumaat malam, dana yang terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM245. Walaupun nilainya kecil bagi dana sesebuah pertubuhan, namun sedikit sebanyak ianya perlu untuk masa akan datang. Aku (PooChant) telahpun buat satu logbook untuk setiap keluar/masuk duit yang ada pada aku ni. Kepada sesiapa yang tak habis bayar tu, segerakanlah tanggungjawab kalian. Kepada sesiapa yang nak buat pembayaran, bolehlah sms kat aku untuk dapatkan nombor akaun CIMB aku.

Seperkara yang nak aku sampaikan kat sini, bilangan Pegawai Pemantau telah ditambah menjadi 4 orang kesemuanya. Ini kerana bagi memudahkan sahabat-sahabat lain melaporkan sebarang info terkini mengikut kawasan dan tidak tertumpu pada aku sahaja. Dan bagi sahabat-sahabat yang masih tidak tahu dengan siapa kalian hendak berhubung, ini adalah contact yang terdekat:
1) Pak Kos [maxis:012-2339390]
2) Hapiz [maxis:017-6662546, celcom:013-7596303]
3) Black [maxis:017-6824082]
4) Akmal [maxis:012-9203497, celcom:019-6650706]
5) Mok [maxis:012-6995004, celcom:019-3681214]
6) PooChant [maxis:017-7678428]

Sekali lagi diingatkan bahawa kalian semua hendaklah berpegang pada 4 prinsip Muarasta. Jangan sesekali lupa persahabatan yang terjalin sekian lama. Jangan biarkan salah faham menjadi sengketa antara kita. Jangan dinilai komitmen sahabat lain, nilailah siapa diri kita sebenar. Dan yang paling penting, jangan jadikan diri anda gunting dalam lipatan. Nasihat ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat Muarasta yang berada di seluruh pelusuk tanahair termasuk diri aku sendiri. Sekian.
Satu Rumpun Liang Persahabatan..

No comments:

Post a Comment